top of page
elas logo.PNG

MODUL ELAS

MODUL ELAS dikenali sebagai :-

Model Latihan Elas

(EFFECTIVE LEARNING ACTIVITIES)

Berdasarkan objektif yang telah ditetapkan model ELAS, ia merupakan teknik dan pendekatan terbaik yang akan memberikan sesuatu keseronokkan, ilmu dan pengajaran secara berterusan.

Kelebihan perlaksanaan kaedah ini adalah:

  • Penerimaan dan tindakan peserta akan lebih aktif.

  • Penglibatan peserta akan lebih menyeluruh.

  • Wujud budaya perlumbaan dan persaingan yang sihat.

  • Bermain sambil belajar tanpa membunuh nilai akademik.

  • Peserta akan lebih mudah faham dan mencapai objektif dalam setiap modul.

Servis: Text

5 ELEMEN MODEL ELAS

Kesemua elemen ini  akan digunakan secara menyeluruh dalam program bagi memenuhi:-

GAMIFICATION & GAME BASED LEARNING, MUZIK & PERGERAKAN, EDUGAMES, AKRONIM dan STORYTELLING


Kehendak dan keperluan peserta yang terdiri daripada kategori iaitu ;

1)Visual, 2)Auditori dan 3)Kinestatik (VAK). Melalui teknik (VAK) ini, tiada peserta yang menggangur atau rugi sepanjang tempoh pembelajaran. Mereka akan lebih menjadi lebih fokus  dan minat pada setiap modul atau aktiviti yang dijalankan.

WhatsApp Image 2020-08-19 at 12.27.30 AM
Servis: Image

SENARAI MODUL DAN AKTIVITI KAMI :

WhatsApp Image 2020-08-19 at 12.27.30 AM

1. MODUL SOFTSKILL “DARE TO BE DIFFERENT”

  1. Meningkatkan keberanian dan kemahiran komunikasi yang berkesan.

  2. Membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran.

  3. Memupuk nilai kemahiran insaniah dalam diri peserta.

Modul ini merupakan sessi suai-kenal peserta sesama peserta dan proses pengenalan antara peserta dengan pengendali program.


Pada fasa ini, proses rapport (teknik membina pengaruh) dijalankan yang mana dihujungnya, peserta akan mengenali antara satu sama lain dan peserta akan membentuk kumpulan yang akan digunakan sepanjang program.


Melalui modul ini, aktiviti dijalankan berpandukan proses pembentukan kumpulan yang terdiri dari 4 peringkat seperti rajah yang ditunjukkan :-

WhatsApp Image 2020-08-19 at 1.35.51 AM.

2. MODUL BOLA S PENGURUSAN MATLAMAT “SET YOUR GOAL WITH POTENTIAL”

Objektif :-

  1. Membina penetapan matlamat peserta yang lebih jelas.

  2. Mengenal pasti potensi dan kekuatan diri yang sebenar dalam membina hala-tuju masa depan.

  3. Membina individu dan pasukan yang berkeyakinan dan berketrampilan.


Modul ini akan mengeluarkan potensi peserta di mana, peserta diberikan pendedahan untuk mengenali kelebihan dan kekuatan diri masing-masing. Selain itu, modul ini memberi kesedaran kepada peserta bahawa semua orang layak untuk berjaya.​ 

Peserta didedahkan dengan 7 TIPS sebagai langkah untuk berjaya. Iaitu:

  • The Power Of Score

  • The Power Of Skill

  • The Power Of Strategy

  • The Power Of Spirit & Support

  • The Power Of Space

  • The Power Of Speed

  • The Power Of Spiritual


Modul ini dijalankan dengan cara menggunakan kaedah bermain bola. Peserta akan diterangkan dengan beberapa syarat dan peraturan aktiviti iaitu bola dihantar dari tangan ke tangan, dari orang awal hingga ke akhir. Pada masa yang sama, masa akan direkod seiring dengan program yang dijalankan. Masa akan diperbaiki dari setiap tips di atas. Hujungnya, perbezaan masa akan menjadi 2 kali ganda lebih baik dan lebih cepat daripada pusingan pertama.

WhatsApp Image 2020-08-18 at 11.52.06 PM

3. MODUL KOLAM JIWA - MENTAL BLOCK “PENYUCIAN HATI PERUBAHAN ABADI”

Objektif :-

  • Memberi kesedaran terhadap kesanggupan untuk perubahan yang lebih baik.

  • Memupuk sikap, akhlak dan budaya yang lebih baik dengan bersandarkan agama.

  • Menguatkan jati diri dan tanggungjawab sebagai seorang usahawan, manusia dan hamba dengan penyucian jiwa.

Modul ini pula, menjadi pelengkap kepada Modul 'BOLA S' sebelumnya. Modul 'BOLA S' menjawab persoalan kepada “bagaimana untuk MENANG?”. Sekarang dalam modul ini akan menjawab kepada persoalan “kenapa kita KALAH?”. Peserta seterusnya dihadamkan dengan perkataan ;

“IF YOU WANT EVERYTHING TO CHANGE, YOU MUST CHANGE FIRST”.​

Modul ini menerangkan faktor kenapa kita susah untuk berubah akibat “Mental Block”.  


Antaranya ialah:

  • Bad Image

  • Bad Environment

  • Bad Experience

  • Bad Reference

  • Bad System

  • Bad Spiritual


Modul ini akan dijalankan dengan beberapa kaedah seperti analogi, tayangan video, penceritaan kisah benar dan lain-lain. Pada akhir modul ini, peserta akan diberi kesedaran tentang kesan dosa-dosa yang dilakukan dalam hidup ini.​

WhatsApp Image 2020-08-19 at 12.11.41 AM

4. MODUL ACTION BOARD SCORE MODEL “DESIGN YOUR DREAM”

Objektif :-

  1. Membina satu plan tindakan peserta terhadap matlamat mereka.

  2. Mengenal pasti teknik dan cara yang paling berkesan dalam mencapai matlamat.

  3. Menimbulkan kesedaran dan semangat terhadap perubahan yang akan mereka lakukan untuk berjaya mencapai matlamat.


Modul ini mengaplikasikan kesemua elemen 7S yang telah diperkenalkan dalam modul 'BOLA S' sebelum ini. Peserta diberikan borang yang akan diisikan mengikut turutan yang dikendalikan oleh penceramah.


Canvas ini amat penting kerana ianya mengeluarkan satu jawapan yang akan menyelesaikan masalah motivasi peserta.


Dalam modul ini, peserta diajar bagaimana untuk menjelaskan jawapan KENAPA untuk menang. Permainan emosi dan spiritual akan dikeluarkan sepanjang proses modul ini. Semua peserta wajib mengeluarkan jawapan masing-masing mengikut perjalanan hidup masing-masing.


Antara persoalan yang dijawab dalam fasa ini adalah:​

  • Apa Yang Kita Cari?

  • Apa Yang Kita Perlukan?

  • Apa Yang Kita Boleh Buat?

  • Apa Yang Kita Perlu Jaga?

  • Apa Perjuangan Kita?

  • Siapa Kita Perjuangkan?

  • Apa Kesilapan Kita?

  • Apa Yang Kita Perlu Buat Selepas Ini?

Servis: Services
bottom of page